Perjalanan Sebuah Skrip Drama TV (Bahagian 2) | Alhamdulillah... selesai full treatment untuk tele MUTAMAINNAH. Saya akan sambung catatan saya: Perbincangan dengan produser telah mendapat persetujuan. Stesen mana dan slot mana hendak dihantar telah pun dikenalpasti. Maka, penulis skrip akan menyediakan sebuah PROPOPOSAL. APA ITU PROPOSAL? Satu cadangan atau satu kertas kerja atau kertas cadangan untuk menerbitkan idea kita di layar TV. Proposal mempunyai hukumnya yang tersendiri, bukan disediakan secara sembrono.


Perlu saya nyatakan, lain stesen TV, lain kehendaknya. Bagaimanapun, ada asasnya propoposal adalah sama. Perlu juga nyatakan, proposal untuk sessi pitching tidak sama dengan proposal untuk sessi mesyuarat penerbitan. APA YANG ADA DALAM PROPOSAL? 

COVER 

Mengandungi cadangan kita. Contohnya: KERTAS CADANGAN UNTUK MENERBITKAN TELEMOVIE, KERTAS CADANGAN UNTUK MENERBITKAN TELEMOVIE KHAS RAMADAN, KERTAS CADANGAN UNTUK MENERBITKAN DRAMA BERSIRI UNTUK SLOT AKASIA, ECT. Pada cover juga mesti terdapat TAJUK telemovie, drama, etc.

LOGO STESEN

Terdapat LOGO serta ALAMAT syarikat penerbitan. 

SPESIFIKASI PENERBITAN 

muka surat pertama mesti mempunyai SPESIFIKASI PENERBITAN yang mengandungi: TAJUK DRAMA, KATEGORI DRAMA (telemovie, drama bersiri, dsb), 

DURASI ( 1 episod x 120 minit , 13 EPISOD x 60 minit, 13 episod x 30 minit, dsb), 

GENRE (komedi, semi komedi, heavy drama, drama aksi, dsb), 

TEMA (Ramadan, Aidilfitri, Maal Hijrah, dsb), 

BAHASA (bahasa Malaysia, dwi bahasa, dsb), 

PENULIS SKRIP dan terakhir 

TERBITAN (nama syarikat penerbitan). 

LOGLINE Tuliskan LOGLINE dalam sebaris ayat.

SINOPSIS Tuliskan sinopsis, ringkas dan padat. Satu muka surat. catatan: Untuk proposal mesyuarat penerbitan, lebih kemas jika SPESIFIKASI PENERBITAN diletakkan 1 muka berasingan, manakala LOGLINE dan SINOPSIS dalam satu muka surat. Untuk pitching, SPESIFIKASI PENERBITAN, LOGLINE DAN SINOPSIS di dalam satu muka surat. WATAK Selain dari nama watak dan perwatakan, sertakan sekali cadangan pelakon. Kalau proposal untuk pitching tidak perlu sertakan gambar artis, bagaimanapun untuk proposal mesyuarat penerbitan perlu disertakan gambar artis. sekurang-kurangnya tiga orang artis cadangan. JALAN CERITA / STORYLINE/ STORY TREATMENT Lebih jelas daripada SINOPSIS.

Bagaimana cerita bermula, konflik cerita, perkembangan watak, insiden, kemuncak konflik, penyelesaian, twist dan penyudah cerita. Panjangnya antara 3 - 5 muka surat. JIKA UNTUK PITCHING, CUKUP SEKADAR INI. KESELURUHAN MUKA SURAT TIDAK TERMASUK COVER ANTARA 5 - 8 MUKA SURAT. JIKA UNTUK PROPOSAL MESYUARAT PENERBITAN ATAU DIHANTAR SECARA TERUS TIDAK MELALUI PROSES PITCHING, SINOPSIS SETIAP EPISOD DIPERLUKAN. SINOPSIS EPISOD Sediakan sinopsis setiap episod yang merangkumi: Permulaan cerita setiap episod, konflik, insiden, penyelesaian setiap episod, twist setiap episod dan cliff setiap episod. Panjangnya 1 muka surat.

EDIT DAN EDIT DAN EDIT, KEMUDIAN SAVE DALAM PDF DAN HANTAR KEPADA PRODUSER. SEKARANG SEKARANG, HANTAR MELALUI EMAIL DAN SIMPAN BUKTI PENGHANTARAN ANDA ITU UNTUK RUJUKAN DI MASA AKAN DATANG. CERITA apa yang hendak ditulis? Tak ada IDEA laa... Insya-Allah, jika masih ada nafas, saya akan sambung.....

Kredit tulisan : Almarhum Mazelan Manan (MM)

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut