Perjalanan Sebuah Skrip Drama TV (Bahagian 1) | Dalam industri penulisan skrip TV hari ini, perjalanan sebuah skrip tidak lagi bermula dari idea. Ianya lebih awal daripada itu - hubungan antara penulis skrip, produser dan stesen TV. Ramai yang menulis skrip, bagaimanapun akhirnya skrip mereka gagal untuk dipasarkan.

Setelah beberapa naskah skrip dihasilkan tetapi masih gagal untuk dipasaran, tidak mustahil penulis skrip akan putus asa. Justeru, cara yang terbaik untuk bekerja dalam dunia penulisan skrip drama TV hari ini, langkah pertama: 

KENALI PRODUSER ANDA. 


Seorang produser yang benar-benar PRODUSER, mereka akan tahu apa yang dikehendaki oleh stesen dengan lebih tepat. Contohnya mereka akan tahu stesen memerlukan drama bersiri untuk SLOT mana?

Memerlukan tele genre apa? Ini bermakna, kita bekerja benar-benar mengikut kehendak pasaran. Bila saya kata bekerja mengikut kehendak pasaran, jangan anggap kita terpaksa ikut kehendak stesen TV. Yang saya maksudkan, kita tahu cerita kita itu untuk SLOT apa kerana setiap SLOT yang disediakan di stesen TV, berlainan pendekatan dan durasinya. Sebagai contoh: SLOT AKASIA pastinya berbeza dengan SLOT SAMARINDA. SLOT BIDARI di RTM, pasti berbeza dengan SLOT ZEHRA di TV3.


Hubungan yang baik di antara produser dengan penulis skrip, akan menyebabkan produser akan menghubungi penulis skrip untuk meminta penulis skrip menyediakan proposal sebagaimana yang dikehendaki oleh stesen TV. Jika kita bertanya, proposal itu hendak dihantar ke mana dan untuk slot apa? Dan produser akan menjawab, buat jer ler... itu bermakna proposal kita akan dihantar secara rambang.

Setelah persetujuan dicapai di antara penulis skrip dan produser, termasuk berapa bayaran skrip sekiranya proposal itu diterima, barulah kita menyediakan sebuah proposal - BUKANNYA SKRIP. Kita sambung lagi bagaimana untuk menyediakan sebuah proposal. 

Kredit tulisan : Almarhum Mazelan Manan (MM)

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut